Just another free Blogger theme

Follow us

Jumaat, 13 Januari 2023


 

BEZA PENGGUNAAN KALIMAH المطر DAN KALIMAH الغيث / الماء 

@Ramai yg menyangka bahawa kalimah " المطر " adalah air hujan yg turun dari langit menyirami bumi dan menumbuhkan tanaman tapi hakikatnya kalimah المطر dalam ayat alquran tidak digunakan melainkan dengan makna azab atau kehinaan. Lihat keterangan dibawah ;

Kita sentiasa meminta kepada Allah supaya diturun المطر 

Dan didatangkan lafaz المطر dalam firman Allah Taala 

ٗۚ 1: وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن كَانَ بِكُمۡ أَذٗى مِّن مَّطَرٍ أَوۡ كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَن تَضَعُوٓاْ أَسۡلِحَتَكُمۡۖ وَخُذُواْ حِذۡرَكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ أَعَدَّ لِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٗا مُّهِينٗا

Maksudnya: Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.

-Sura An-Nisa', Ayah 102


2 ; وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرٗاۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُجۡرِمِينَ

Maksudnya:Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

-Sura Al-A'raf, Ayah 84

Dan disurah2 yg lain

3- {ﻓَﺠَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻋَﺎﻟِﻴَﻬَﺎ ﺳَﺎﻓِﻠَﻬَﺎ ﻭَﺃَﻣْﻄَﺮْﻧَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﺣِﺠَﺎﺭَﺓً ﻣِّﻦ ﺳِﺠِّﻴﻞٍ} (74) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺤﺠﺮ

4- {ﻭَﺃَﻣْﻄَﺮْﻧَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ ﻣَّﻄَﺮًﺍ ﻓَﺴَﺎﺀ ﻣَﻄَﺮُ ﺍﻟْﻤُﻨﺬَﺭِﻳﻦَ} (173) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺸﻌﺮﺍﺀ

5- {ﻭَﺃَﻣْﻄَﺮْﻧَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ ﻣَّﻄَﺮًﺍ ﻓَﺴَﺎﺀ ﻣَﻄَﺮُ ﺍﻟْﻤُﻨﺬَﺭِﻳﻦَ} (58) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻨﻤﻞ

6- {ﻭَﺇِﺫْ ﻗَﺎﻟُﻮﺍْ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻥ ﻛَﺎﻥَ ﻫَﺬَﺍ ﻫُﻮَ ﺍﻟْﺤَﻖَّ ﻣِﻦْ ﻋِﻨﺪِﻙَ ﻓَﺄَﻣْﻄِﺮْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺣِﺠَﺎﺭَﺓً ﻣِّﻦَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀ ﺃَﻭِ ﺍﺋْﺘِﻨَﺎ ﺑِﻌَﺬَﺍﺏٍ ﺃَﻟِﻴﻢٍ} (32) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻷ‌ﻧﻔﺎﻝ

7-{ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﺟَﺎﺀ ﺃَﻣْﺮُﻧَﺎ ﺟَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻋَﺎﻟِﻴَﻬَﺎ ﺳَﺎﻓِﻠَﻬَﺎ ﻭَﺃَﻣْﻄَﺮْﻧَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﺣِﺠَﺎﺭَﺓً ﻣِّﻦ ﺳِﺠِّﻴﻞٍ ﻣَّﻨﻀُﻮﺩٍ} (82) ﺳﻮﺭﺓ ﻫﻮﺩ

8-{ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﺃَﺗَﻮْﺍ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻘَﺮْﻳَﺔِ ﺍﻟَّﺘِﻲ ﺃُﻣْﻄِﺮَﺕْ ﻣَﻄَﺮَ ﺍﻟﺴَّﻮْﺀِ ﺃَﻓَﻠَﻢْ ﻳَﻜُﻮﻧُﻮﺍ ﻳَﺮَﻭْﻧَﻬَﺎ ﺑَﻞْ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ لا ﻳَﺮْﺟُﻮﻥَ ﻧُﺸُﻮﺭًﺍ} (40) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ

9- {ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﺭَﺃَﻭْﻩُ ﻋَﺎﺭِﺿًﺎ ﻣُّﺴْﺘَﻘْﺒِﻞَ ﺃَﻭْﺩِﻳَﺘِﻬِﻢْ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﻫَﺬَﺍ ﻋَﺎﺭِﺽٌ ﻣُّﻤْﻄِﺮُﻧَﺎ ﺑَﻞْ ﻫُﻮَ ﻣَﺎ ﺍﺳْﺘَﻌْﺠَﻠْﺘُﻢ ﺑِﻪِ ﺭِﻳﺢٌ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻋَﺬَﺍﺏٌ ﺃَﻟِﻴﻢٌ}(24) ﺳﻮﺭﺓ اﻷ‌ﺣﻘﺎﻑ


@Adapun air hujan yg turun dari langit menyirami bumi , minuman kepada binatang ternakan, minuman kpd manusia, maka alquran menggunakan lafaz selain dari kalimah " المطر" iaitu kalimah " الماء " dan kalimah " الغيث "

Cth : 

وَهُوَ ٱلَّذِي يُرۡسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَيۡ رَحۡمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتۡ سَحَابٗا ثِقَالٗا سُقۡنَٰهُ لِبَلَدٖ مَّيِّتٖ فَأَنزَلۡنَا بِهِ ٱلۡمَآءَ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخۡرِجُ ٱلۡمَوۡتَىٰ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya: Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

-Sura Al-A'raf, Ayah 57


ٗ فَإِذَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡهَا ٱلۡمَآءَ ٱهۡتَزَّتۡ وَرَبَتۡ وَأَنۢبَتَتۡ مِن كُلِّ زَوۡجِۭ بَهِيجٖ

Maksudnya : Kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

-Sura Al-Hajj, Ayah 5

ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ

َﻭَﻟَﻢْ ﻳَﺮَﻭْﺍ ﺃَﻧَّﺎ ﻧَﺴُﻮﻕُ ﺍﻟْﻤَﺎﺀ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﺍﻟْﺠُﺮُﺯِ ﻓَﻨُﺨْﺮِﺝُ ﺑِﻪِ ﺯَﺭْﻋًﺎ ﺗَﺄْﻛُﻞُ ﻣِﻨْﻪُ ﺃَﻧْﻌَﺎﻣُﻬم وأنفسهم أفلا يبصرون

ُDan disurah2 yg lain: 

ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺴﺠﺪﺓ

ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ {ﻭَﻣِﻦْ ﺁﻳَﺎﺗِﻪِ ﺃَﻧَّﻚَ ﺗَﺮَﻯ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽَ ﺧَﺎﺷِﻌَﺔً ﻓَﺈِﺫَﺍ ﺃَﻧﺰَﻟْﻨَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﺍﻟْﻤَﺎﺀ ﺍﻫْﺘَﺰَّﺕْ ﻭَﺭَﺑَﺖْ ﺇِﻥَّ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺃَﺣْﻴَﺎﻫَﺎ ﻟَﻤُﺤْﻴِﻲ ﺍﻟْﻤَﻮْﺗَﻰ ﺇِﻧَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ} (39) ﺳﻮﺭﺓ ﻓﺼﻠﺖ

ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ {ﺇِﺫْ ﻳُﻐَﺸِّﻴﻜُﻢُ ﺍﻟﻨُّﻌَﺎﺱَ ﺃَﻣَﻨَﺔً ﻣِّﻨْﻪُ ﻭَﻳُﻨَﺰِّﻝُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢ ﻣِّﻦ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀ ﻣَﺎﺀ ﻟِّﻴُﻄَﻬِّﺮَﻛُﻢ ﺑِﻪِ ﻭَﻳُﺬْﻫِﺐَ ﻋَﻨﻜُﻢْ ﺭِﺟْﺰَ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥِ ﻭَﻟِﻴَﺮْﺑِﻂَ ﻋَﻠَﻰ ﻗُﻠُﻮﺑِﻜُﻢْ ﻭَﻳُﺜَﺒِّﺖَ ﺑِﻪِ اﻷ‌َﻗْﺪَﺍﻡَ}(11) ﺳﻮﺭﺓ اﻷ‌ﻧﻔﺎﻝ

ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ {ﻭَﺃَﺭْﺳَﻠْﻨَﺎ ﺍﻟﺮِّﻳَﺎﺡَ ﻟَﻮَﺍﻗِﺢَ ﻓَﺄَﻧﺰَﻟْﻨَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀ ﻣَﺎﺀ ﻓَﺄَﺳْﻘَﻴْﻨَﺎﻛُﻤُﻮﻩُ ﻭَﻣَﺎ ﺃَﻧﺘُﻢْ ﻟَﻪُ ﺑِﺨَﺎﺯِﻧِﻴﻦَ} (22) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺤﺠﺮ

ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ {ﻫُﻮَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺃَﻧﺰَﻝَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀ ﻣَﺎﺀ ﻟَّﻜُﻢ ﻣِّﻨْﻪُ ﺷَﺮَﺍﺏٌ ﻭَﻣِﻨْﻪُ ﺷَﺠَﺮٌ ﻓِﻴﻪِ ﺗُﺴِﻴﻤُﻮﻥَ} (10) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻨﺤﻞ

ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ {ﻭَﺍﻟﻠّﻪُ ﺃَﻧﺰَﻝَ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺴَّﻤَﺎﺀ ﻣَﺎﺀ ﻓَﺄَﺣْﻴَﺎ ﺑِﻪِ اﻷ‌َﺭْﺽَ ﺑَﻌْﺪَ ﻣَﻮْﺗِﻬَﺎ ﺇِﻥَّ ﻓِﻲ ﺫَﻟِﻚَ ﻵ‌ﻳَﺔً ﻟِّﻘَﻮْﻡٍ ﻳَﺴْﻤَﻌُﻮﻥَ} (65) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻨﺤﻞ


 @Dan daripada kalimah ( الغيت )

إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ

Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

-Surah Luqman, Ayah 34


اللهم علمنا ماينفعنا وانفعنا بما علمتنا وزدنا علما يا رب ..

ابدا ﻻ تقولوا مطر قولوا غيث او ماء👍 

تدبروها نفعنا الله بالقرآن ورفعنا به أعلى المقامات


 






وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Saling menolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah SWT. Sebenarnya siksaan Allah SWT sangatlah pedih…” Al-Maidah. Ayat 2.

Ketika kamu berada dalam posisi untuk membantu seseorang, berbahagialah! kerana Allah SWT menjawab doa orang tersebut melalui dirimu. - Nouman Ali Khan.

Janji Allah itu benar.... 
تبارك الله.... جزاك الله

SYUKRON ASATIZATI

Rabu, 11 Januari 2023


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rasa diri sangat kurang ilmu dan byk ayat quran yang perlu ditadabbur, menguatkan ustazah untuk menulis sesuatu untuk diri sendiri dan sahabat sekalian. Akademi Youtuber merupakan satu wahana yg menguatkan ustazah untuk terus belajar dan berkongsi dalam blog selepas ustazah menuntut ilmu Youtuber. Terima kasih Akademi Youtuber. Untuk permulaan, ustazah terpanggil untuk berkongsi tentang perkataan al-Quran yang sangat indah dan penuh dengan i'jaz yang ustazah namakan "KASYFUL LUGHATIL QURAN". In sya Allah ustazah akan cuba buat secara bersiri. Segala kesilapan dalam penulisan, ustazah mengharapkan teguran dan komen yang membina daripada sahabat-sahabat. Jom kita tadabbur quran.


*APAKAH PERBEZAAN ANTARA* 

*Maghfirah (مغفرة)*

DAN  

*'Afuww (عفو)?*


 *Maghfirah*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih didaftarkan pada kitab (buku catatan amal) kamu.  Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, Allah akan bertanya kepadamu tetapi Dia tidak akan menghukum kamu kerana itu.

 *'Afuww*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah  dilakukan. 'Afuww adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman.

 *Inilah sebabnya mengapa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya, "ini adalah doa terbaik untuk dimohon pada Lailatul Qadr".*

*"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni"*

*(اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني)*

 (H.R Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmizi)


 *"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku."*

 Oleh itu pastikan anda membaca do'a ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang anda boleh.  Buatlah salah satu rutin harian anda terutama dalam bulan Ramadan.